Catatan ceramah Habib Umar bin Hafidz di Masjid Sultan 17 Nov 2015
1) Nabi Muhammad SAW adalah penghulu bagi orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang beristighfar.
2) Antara kurnian Allah kepada kita hambanya ialah mensyariatkan taubat dan mengajak kita agar bertaubat kepadanya.
3) Allah itu maha kaya dan tidak memerlukan kita sebaliknya kitalah yang memerlukannya.
4) Antara kurniannya juga ialah Allah bergembira bilamana kita hambanya bertaubat kepadanya agar kita diselamatkan dari azab dan membukakan kita pintu-pintu pemberian dan kurnian yang besar. Allah itu maha pemurah dan maha pemberi.
5) Nabi SAW telah menggambarkan besarnya pemberian Allah di dalam sifat taubat ini dengan sabdanya: "Allah telah membuka pintu taubat lebarnya 70 tahun, ia akan sentiasa terbuka hingga terbitnya matahari dari sebelah barat." Dengan itu Nabi SAW gembira akan terbukanya pintu taubat ini untuk ummatnya.
6) Sayyidina Abdullah Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa nabi SAW didatangi orang-orang kafir dari kaum Quraysh dan mereka meminta agar dijadikan bukit Safa di makkah menjadi emas agar orang-orang Quraysh mengikutinya, maka nabi SAW berdoa kepada Allah, maka datang kepadanya malaikat Jibril dan berkata bahawa sesungguhnya tuhanmu menyampaikan padamu salam dan berkata kepadamu jika kamu berkehendak aku boleh menjadikan bukit Safa sebagai emas maka sesiapa yang kufur diantara mereka akan aku mengazab mereka dengan azab yang tidak pernah aku mengazab seseorang di alam ini sebelum ini, dan jika kamu berkehendak aku boleh membukakan bagi mereka pintu rahmat dan taubat, Nabi SAW berkata: bahkan bukakan pintu taubat dan rahmat.
7) Pilihan nabi SAW terhadap pintu taubat dan rahmat itu kerana baginda mengetahui bahawa ia lebih bermanfaat dan lebih luas bagi umatnya, dan juga beliau takut azab dicepatkan keatas kafir quraish lantas mereka mati dalam kekufuran, maka dengan itu meyebabkan ramai yang masuk islam selepas pembukaan kota Makkah dan perjanjian Hudaibiah.
8) Penerimaan taubat dari Allah adalah satu rahmat dan kelembutan bagi hambanya.
9) Allah tidak memerlukan taubat hambanya akan tetapi dia masih membuka bagi hambanya pintu taubat dan menjanjikan yang jujur dan sungguh-sungguh diantara mereka akan menggantikan keburukan mereka menjadi kebaikan.
10) Taubat tidak hanya disyariatkan bahkan Allah memfardhukanya, Allah berfirman:Dan taubatlah kalian semua kepada Allah wahai orang mukmin moga kamu berjaya.
11) Tiada seorang pun dikalangan orang-orang beriman yang tidak memerlukan taubat,walaupun mereka dikalangan hamba yang maksum tidak pernah berdosa seperti para nabi-nabi selawat dan salam terhadap mereka, apatah lagi orang orang yang dibawah darjat mereka di kalangan para Siddiqin dan orang-orang yang dekat dengannya, maka jika sedemikian bagaimana pula keadaan mereka yang tidak mencapai derajat tersebut dikalangan umumnya orang-orang yg beriman.
12) Bagaimana tidak seorang pun yang tidak memerlukan taubat, kerana hal taubat ini semua kembali kepada makrifat kenalnya kita kepada Allah yang maha esa, secara keseluruhan semua yang beriman kepada Allah asalnya tidak wujud, walau mereka melakukan ibadat secara sempurna selama hidupnya hal itu belum cukup bagi melaksanakan hak Allah kerana setiap ibadat itu adalah termasuk dari pemberian Allah terhadap hambanya.
13) Di dalam hadis diterangkan ada beberapa malaikat sejak mereka diciptakan mereka berdiri melakukan solat hingga datang hari kiamat, ada yang rukuk dan ada yang sujud, pada hari kiamat nanti mereka akan kata:Maha suci mu Allah kami tidak mengenalmu dengan sebenarnya, dan kami tidak beribadah kepadamu dengan sebenar benar ibadah.
14) Penghulu orang orang yang bertaubat (Nabi Muhammad SAW) adalah makhluk yang paling suci diantara para makhluk, dia yang paling bersih dan paling mulia, beliau adalah yang teragung antara mereka dan paling mengenal Allah dikalangan semua makhluk.
15) Setiap orang bertaubat akan bertaubat mengikut kadar makrifatnya kepada Allah, dan tiada makhluk yang paling mengikut kadar makrifatnya kepada Allah, dan tiada makhluk yang paling mengikut kadar makrifatnya kepada Allah, dan tiada makhluk yang paling mengenal Allah selain Sayyiduna Muhammad Bin Abdullah! Taubatnya adalah yang terbaik dan teragung.
16) Dengan ini kita ketahui bahawa taubat memiliki beberapa peringkat:
-Taubat orang kafir dari kekufuran kepada islam
-Taubat seorang muslim yang fasiq dari dosa besar
-Taubat seorang yang kuat imanya dari dosa kecil
-Taubat ahli yaqin dari melakukan perkara yang makruh dan syubhah
-Taubat ahli makrifat dan yang lebih beriman iaitu bertaubat dari kecuaian hati dalam setiap detik terlupa Allah
17) Dengan ini mereka berkata: sebahagian kebaikan orang-orang yang melakukan kebaikan adalah keburukan bagi orang yang dekat kepada Allah.
18) Imam Junaid Bin Muhammad bertahun tahun lama beliau bertaubat kerana satu kalimat yang diungkapkan, orang bertanya kepadanya apakah kalimat itu? dia kata: aku telah berkata kalimah Alhamdulillah akan tetapi bukan pada tempatnya sedangkan ia adalah perkara yang baik,Imam junaid kata: pada satu hari mereka khabarkan kepadaku bahawa pasar terbakar,bila api mendekati kedaiku ia terpadam lalu aku ucapkan Alhamdulillah kerana kedaiku terselamat,maka aku teringat bahawa aku tidak merasa sedih atas orang mukmin dan gembira terhadap diriku, maka aku beristighfar dari ucapanku itu.
19) Jika ini adalah contoh taubat para pengikut tabiin,bagaimana pula taubat para tabin dan dan para sahabat dan para nabi-nabi.
20) Ketika Imam Junaid berjalan dan berjumpa seorang pemuda yang meminta sedekah,lalu terdetik dalam hatinya tanpa diungkapkan seandaiya dia menggunakan kekuatanya untuk berkerja maka itu lebih baik dari meminta minta,bila Imam junaid kembali ke rumah dia mimpi anak muda itu mati terbaring,lalu ada kata mengatakan pada Imam Junaid:makanlah dagingnya,engkau telah mengumpat terhadapnya,Imam Junaid kata:Maha suci Allah,itu hanyalah lintasan dalam hati,maka dikatakan kepadanya,orang sepertimu tidak seharusnya ada lintasan seperti ini.
21) Taubat bagi setiap orang itu amatlah penting dan tinggi kedudukanya. Nabi Muhammad SAW seorang yang paling mulia di sisi Allah berkata:bertaubatlah kamu kepada Allah sesungguhnya saya bertaubat sehari semalam sebanyak 70 kali,dalam riwayat lain 100 kali.
22) Ulama sepakat bahawa taubat dari setiap dosa akan diterima Allah hingga yang paling besar yaitu dosa syirik,kecuali dua dosa ulama berselisih pendapat. Diantaranya dosa membunuh orang mukmin dengan sengaja tanpa hak,dengan sedemikian pendapat muktamad dia wajib taubat dan Allah akan menerimanya jika dia benar benar jujur,berlaku perselisihan ini kerana besar dosa menumpahkan darah disisi Allah,dalam satu hadis:jika penduduk langit dan bumi bersepakat menumpahkan darah seseorang muslim tanpa hak Allah akan humbankan mereka semua kedalam api neraka,Nabi SAW bersabda: siapa yang ikut membantu dalam pembunuhan terhadap satu orang muslim walaupun dengan separuh kalimat,dia akan bertemu Allah nanti dalam keadaan dahinya itu tertulis orang yang putus harapan dari rahmat Allah.
23) Orang bertanya kepada Ibnu Abbas,adakah pembunuh boleh diterima taubatnya?dia jawab: ya,setelah itu datang seorang lagi bertanya soalan yang sama maka dia jawab: tidak,para hadirin merasa hairan kerana soalan yang sama tetapi jawapan berbeza,kata ibnu Abbas:yang pertama itu tanya kepadaku kerana dia sudah membunuh dan ingin taubat,maka aku bukakan baginya harapan untuk kembali kepada Allah agar dia tidak membuat kerusakan diatas bumi,yang kedua pula aku mempunyai firasat bahawa dalam hatinya mempunyai ke
ingingan membunuh orang lain akibat berlakunya masaalah diantara mereka,maka aku katakan tidak agar dia tidak tergelincir dalam api neraka,maka para hidirin ingin memastikan akan apa yang dikatan ibn Abbas dan mereka me dapati apa yang dikatakanya benar.
Dengan ini kita dapat memahami amanah dalam memberi fatwa dan ilmu,bukan semua orang yang hanya tahu sedikit ilmu dia boleh jawab sesukanya,hingga pada zaman ini kita ini kita mendapatkan orang yang banyak beremeh temeh/bermain main dalam perkara agama,pagi hari dia mengeluarkan fatwa dan pada petang pula mengeluarkan fatwa yang bercanggah,pada hari kedua ia bercanggah dengan kedua fatwa yang dikeluar semalam,disebabkan kepentingan peribadi,parti atau kumpulan maka berubah fatwa itu bukan kerana mengharapkan redha Allah akan tetapi kerana menuruti hawa nafsu.
24) Sayyidina Ibnu Abbas dalam kejadian ini memerhatikan orang yang menanyanya akan keadaannya dengan Allah. Ini memberitahu bahawa Orang Alim itu sifatnya sangat penyanyang kepada Umat,dan takut mereka ditimpa azab Allah,sentiasa menasihati mereka akan peningkatan hubungan antara mereka dan Allah.
25) Kejadian ini juga terjadi kepada Imam Syafie,ada yang bertanya adakah harus bagi seorang lelaki mencium isterinya pada siang hari ramadhan sedangkan ia berpuasa,Imam Menjawab: ya,datang seorang lagi bertanya soalan yang sama,Imam menjawab: tidak boleh. Para hadirin kata: bagaimana soalanya sama tetapi jawapanya berbeza,Imam Syafie kata: yang pertama adalah orang tua dan padanya kesan bertaqwa maka ciumannya itu tidak menjerumuskan dia kepada perbuatan haram,yang kedua adalah pemuda yang baru bernikah takut dia melakukan yang dilarang bagi orang berpuasa,maka beliau mengatakan tidak boleh.
26) Seperti ini juga pernah berlaku kepada nabi SAW ketika melakukan haji ketika dalam perjalanan dari Muzdalifah ke Mina datang kepada beliau seorang wanita dan bertanya kepadanya. Ketika itu Rasulullah sedang memboncingkan sepupunya yang bernama Fadl Bin Abbas. Ketika wanita itu bertanya kepada Rasulullah SAW, baginda melihat wanita itu dan sepupunya saling melihat satu sama lain, maka nabi SAW memegang kepala sepupunya dan memalingkan dari melihat wanita tadi sehingga selesai pertanyaannya tersebut baginda memalingkan semula kepada asal. Ketika itu pakcik baginda Sayyidina Abbas memerhatikan. Maka dia datang kepada baginda dan menanyakan wahai Rasulallah, kenapa engkau palingkan wajah sepupumu? Jawab baginda aku melihat seorang pemuda lelaki dan pemudi perempuan maka aku tidak berasa aman bagi mereka berdua dari gangguan syaitan. Lihatlah bagaimana Rasulullah menyelesaikan suatu masaalah tanpa ada sebarang teroakan atau kekecohan.
27) Para ulama berkata taubat yang sebenar iaitu Taubat Nasuha jika dilakukan mengikut syarat-syaratnya pasti akan diterima kerana Allah telah berfirman "Dialah Allah yang akan menerima taubat dari hambanya". Syarat utama adalah penyesalan yang datang dari hati akan dosanya. Dan rahsia penyesalan ini datang akan sebabnya kenalnya seseorang itu akan Allah yang kita tidak mematuhi perintahnya. Maka sekadar mana banyak kenal kita pada Allah maka sekadar itu kita akan menjaga dari melakukan dosa dan meninggalkan segala yang dilarang.
28) Perbezaan antara seorang mukmin dan seorang munafiq adalah, orang mukmin itu jika teringat akan dosa-dosanya, akan bertambah-tambah ketakutannya, penyesalan dan kesakitan di dalam hatinya. Manakala orang munafiq, jika diingatkan akan dosanya, dia akan merasa bangga dan gembira dengan dosanya.
29) Para Ulama mengatakan bahawa bergembira atas melakukan dosa, dosanya lebih besar dari melakukan dosa itu sendiri, sesungguhnya dosa itu boleh berlaku dikalangan orang beriman dan orang yang jujur tetapi tidak berlaku gembira atas melakukan dosa kecuali dari seorang munafiq atau kafir kerana padanya ada mengambil ringan pada keagungan Allah.
30) Diantara cara-cara yang boleh dilakukan agar taubat kita diterima adalah: - berwudhu -solat 2 rakaat - bersedekah. Dan yang paling baik asalah seperti yang dajarkan di dalam Alquran iaitu pergi dan jumpa Rasulullah kemudian meminta ampun pada Allah lalu meminta Rasulullah berdoa kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita.
31) Disebutkan oleh imam Nawawi di dalam kitabnya Al-Azkar dan imam ibnu kathir di dalam tafsirnya bahwa Allah menerima taubat seseorang badwi arab kerana kebijaksanaanya di dalam berdoa dan bertaubat ketika berada di maqam Rasulullah dan didengari kata katanya ketika itu imam Al-Utbi yang hadir di situ:
Ya Allah, aku mendengar di dalam Alquran akan firman mu yang bermaksud " Jika mereka melakukan perbuatan zalim dan dosa terhadap diri mereka sendiri kemudian datang kepada Rasulullah dan memohon ampun kepada Allah dan diminta ampun oleh Rasulullah maka kamu akan dapati Allah itu maha pengampun dan maha penyayang.
Ya Allah saat ini aku datang kepada nabimu dan aku memohon keampunanmu dan aku meminta kepada nabimu ini memohonkan ampun untuk dosaku."
Setelah selesai ziarah,orang tadi pun bersurai dari situ, kemudian imam Al-Utbi mengantuk lalu tertidur dan bermimpi Rasulallah dan baginda memberi tahu bahawa kejarlah kamu kepada orang tadi dan beri tahu bahawa Allah sudah ampunkan dosanya.
32) Diceritakan juga oleh para ulama dan ahli sejarah kisah menyerupai kisah tersebut yang berlaku di Madinah. Berkata seorang soleh suatu hari yang berada di maqam Nabi SAW ketika itu kemudian datang kepadanya seorang badwi dan berkata- kata seperti berikut:
"Ya Allah, sesungguhnya ini adalah nabiMu dan aku adalah hambaMu dan syaitan adalah musuhMu...Seandainya Engkau mengampuniku, Engkau akan menggembirakan NabiMu dan menyelamatkan hambamu dan menyedihkan musuhMu...Namun seandainya Engkau tidak mengampuniku, maka Engkau akan membuat nabiMu sedih dan aku hambaMu akan binasa dan musuhMu pula akan bergembira....dan engkau ya Allah lebih mulia dari untuk menyedihkan nabimu dan membinasakan aku dan menggembirakan musuhmu".
Kemudian orang soleh tersebut terasa ngantuk lalu tertidur dan bermimpi Rasulullah dan berkata katakanlah pada badwi tadi sesungguhnya Allah sudah mengampunkannya disebabkan permintaannya yang bijak.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

Tidak ada komentar:
Posting Komentar